Sew-It-Yourself

Gaun dan Anak Gadis 
Seharusnya Lengkap-melengkapi,
Ia tak perlu keterlaluan 
kelak akan menenggelamkan anak gadis, 
dan tak pula terlalu ringkas 
hingga memperlihatkan kekurangannya.
                                                                      -Kak La.

Setiap anak gadis pasti sukakan sehelai gaun baru...betul bukan? 
Kalau anda memang minat menjahit pastinya lebih berbaloi jika menjahit sendiri gaun anak anda. 
Mula-mula jahit paten yg simple dahulu seperti Sleeveless Dress / Childs Jumper. 
Beli kain kapas (kerana senang dijahit) atau guna semula baju/skirt anda yang dah tak muat tapi sayang nak dibuang.


Alatan Yang Di Perlukan:
  •  Asas-Tali ukur (tape), gunting kertas, gunting kain, brown paper, kertas gam lembut, kapur/penanda, peniti,  pembaris, mesin jahit, buku panduan menjahit.
  • Kain, zip 12 inci, benang mengikut warna kain, aksesori lain

Langkah-langkah Asas 'Childs Jumper':
  1. Ambil ukuran anak gadis anda. Boleh rujuk Sizechart Kak La. Lukis pola atas brown paper. Pola terdiri dari 'badan depan' dan 'badan belakang'. Bahagian belakang pula biasanya di bahagi dua kerana akan dicantum dengan zip. Ingat, pola ini belum ada basi. Untuk lebih mudah, beli pola siap di laman web. Klik Di Sini . Bagaimanapun saiz pola ini agak besar jika dibandingkan dengan saiz badan kanak-kanak di Malaysia.
  2. Gunting pola dan susun di atas kain. Pin dgn peniti dan tanda basi 1/2 inci dengan kapur di sekeliling pola.
  3. Gunting kain. 
  4. Untuk bahagian leher bulat dan lubang lengan sila buat lapik selebar 1 inci menggunakan kertas lapik lembut (interface). Tekap pola badan bahagian leher sahaja ke atas kertas lapik, jangan lupa basi 1/2 inci. Dengan ini lebar lapik menjadi 1 1/2 inci. Gunting. Selepas itu buat bahagian lubang lengan pula. Bagaimanapun, untuk bahagian lubang lengan ni kenalah buat dua pola, satu kiri dan satu kanan.
  5. Susun kertas lapik yang telah di potong (1 'lapik lubang leher' dan 2 'lapik lubang lengan') ikut ira kain dengan bahagian bergam (yang berkilat sikit tu) bertemu bahagian sebelah dalam kain. Gosok dengan seterika. Gunting dan tanda dengan pensel supaya tidak tertukar kerana bentuknya seakan sama.
  6. Jahit tepi semuanya. Jika tidak tahu, hantar saja ke kedai jahit yang menyediakan perkhidmatan jahit tepi.
  7. Sekarang ambil badan belakang. Sebelah luar kain bertemu. Sematkan bahagian tengah belakang, tandakan paras zip. Jika menggunakan zip 12 inci, tandakan 12 inci dari bahagian leher belakang. Jahit di bawah paras yang di tanda. Sematkan zip dengan peniti. Jahit zip ke badan baju. Gosok.
  8. Menggunakan jarum peniti, sematkan bahagian bahu 'badan depan' dan bahu 'badan belakang', pastikan bahagian luar kain bertemu kerana kita menjahit dari sebelah dalam bukan? Begitu juga, sematkan bahagian tepi baju dari bawah ketiak ke hujung gaun.
  9. Jahit bahagian yang disemat tadi.
  10. Terbalikkan ke sebelah luar kain. Ambil 'lapik leher' dan 'lapik lubang lengan' tadi dan semat ke baju. Jahit keliling leher dan lubang lengan, snip dan terbalikkan kemudian buat jahitan tindih di atasnya.
  11. Jahit kelepet di bawah gaun.
  12. Gosok dan tambahlah aksesori hiasan yang boleh dibeli di kedai alatan jahitan seperti riben, bow, rosette dsb.     
Bagi yang tak pernah menjahit tu Kak La faham memang agak sulit sikit mula-mula ni. Semua perkara pun memang macam tu pada mulanya. Kalau ada kemusykilan boleh kol Kak La ya. Kak La akan cuba jawab mana yang boleh.
Tiada caj dikenakan hehe :-)