Friday, September 9, 2011



Tempahan Dibuka Semula.

Foto di bawah merupakan set baju kenduri akikah bayi 1 hingga 3 bulan. Warna, fabrik dan design mengikut pilihan individu/customized. Harga dari RM150.00 bagaimanapun bergantung pada design.




 
 Adoria B01
Baby 1-3 mths RM150.00
Material : Fujiwara Silk dan Organza
Warna Pilihan : Putih / putih susu / krim / pastel pink atau baby blue
(Set termasuk seluar, sarung tangan dan kaki)



 Adoria B02
Baby 1-3 mths RM150.00
Material : Fujiwara Silk dan Tulle
Warna Pilihan : Putih / putih susu / krim / pastel pink atau baby blue
(Set termasuk seluar, sarung tangan dan kaki)



 Adoria T01
Toddler 1-2 yrs RM110.00
 Material : Bridal Satin dan Organza
Warna Pilihan : Dark purple / Maroon / Dark Brown




 Adoria T02
Toddler 1-2 yrs RM120.00
 Material : Plain Koshibo dan Tulle
Warna Pilihan : Dark purple / Maroon / Dark Brown




 Adoria T03
Toddler 3-4 yrs RM130.00
 Material :  Bridal Satin dan Organza     
Warna Pilihan : Dark purple / Maroon / Dark Brown



Adoria T04
Toddler 3-4 yrs RM130.00

Monday, April 4, 2011

Promosi Terkini 2011



Pengumuman!
Bermula dari sekarang sehingga ke 
suatu masa yang akan diberitahu kelak,
setiap tempahan akan diberikan potongan harga  sebanyak 10% . 

Oleh itu janganlah lepaskan peluang ini sebelum bulan Ramadan makin mendekat. 
Lagipun Kak La akan buat promosi ini sekali sahaja dalam setahun. Kalau ragu-ragu sila refer entri tahun lepas. 

Tempahan untuk hariraya akan ditutup pada 15/7/11. 
Harap maklum. 

Pada yang pernah menempah, Kak La, ucapkan berbanyak terimakasih. Kalau ada Kak La buat silap harap maafkan. Macam yang Kak La pernah inform, gambar-gambar kat sini cuma sebagai rujukan memandangkan baju-baju semua bukan ready-made atau mass prodution so dah tentu hasilnya berbeza-beza mengikut jenis kain dan patern. Terkadang Kak La ada banyak masa untuk menyiapkan sesehelai baju, terkadang pula masa yang diberikan memang suntuk. 

Kalau nak menempah sila sms/emel dan berikan butiran lengkap, spesifikasi produk dan ukuran asas.
 Kak La ada ukuran standard tapi itu sbg reference saja, ukuran badan budak berbeza-beza. Tolong ya. Ini penting untuk hasil yang memuaskan.

- Kak La.

Friday, March 4, 2011

Gaun Tercantik - Revealed

Pejam celik, pejam celik..tak percaya Februari telah pun berlalu. Dan inilah keputusan peraduan gaun tercantik tempohari. Tahniah buat sicomel milik Nor Idayu Mohd Sabilan. Berusia 2 tahun, sicomel ini, Dhiya Qistina @ tina / yaya / nana / dhiya, menggayakan gaun satin silver grey dengan skirt renyuk. Mana-mana modelling agency yang berminat boleh contact lah sama mama dia.


Saturday, February 26, 2011

Anda Minat Menjahit Manik?

Menjahit manik senang sebenarnya kalau kita ada minat. Manik mudah didapati di kedai-kedai jahitan. Kalau di Johor Bahru ni, yang Kak La tahu la..dekat groundfloor Pasar Besar Larkin atau S'Mart, Jalan Pandan. Atau boleh gak menjenguk ke tingkat atas Plaza Angsana yang menjual barang-barang hantaran, Giant Taman Suria atau pun belakang KipMart Masai pun ada kot.

Dalam keadaan apa sekalipun, jika anda menimba ilmu terlebih dahulu sebelum memulakan projek manik anda, anda akan lebih berkeyakinan. Untuk yang tinggal di KL dan Selangor, bolehlah mengikuti beading class di noramanik bersama Pn Nora atau di debeads kelolaan Zil dan Ayu. Untuk yang tak dapat mengikuti kelas, memadailah mendapatkan buku-buku panduan atau google kat internet.

Kalau nak menempah pula, boleh hubungi Mona Design 

Tadi ketika Kak La meninjau-ninjau sites tentang manik ni, terjumpa blog seorang teman yang selalu menempah dengan Kak La di http://zaisyahalya.blogspot.com
Rupa-rupanya beliau pun minat menjahit manik. Sudi-sudilah menjengah ke blog beliau dan bertukar-tukar idea.


Kak La? Ohh Kak La memang suka menjahit manik ni especially kalau baju plain sebab nampak ada kelass! Tapi sekarang ni Kak La dah tak buat sebab sibuk lagipun mata tak tahan tenung manik lama-lama hehe! Cuma suka tengok design manik yang dah siap..sekadar cuci mata!

Friday, January 14, 2011

Pencarian Gaun Tercantik




Salam semua, 

Besar  hati Kak La nak umumkan kat sini kami nak mengadakan pertandingan gaun tercantik. Hadiahnya RM100.00. Hanya seorang sahaja pemenang akan terpilih dan gambar tersebut akan dipamerkan di blog ini. Gambar mestilah asli, memaparkan kanak-kanak dari umur 3 hingga 12 tahun. Sebarang rekaan diterima tetapi mestilah gaun. Hantarkan gambar ke emel atau hp (lihat Contact Us). Lekas-lekas ya kerana tarikh tutupnya pada 28 Februari 2011 dan pengumuman pemenang pada 3 Mac 2011. Semoga Berjaya!

Sila hebahkan pada rakan-rakan. Terimakasih.

Saturday, April 10, 2010

Promosi Terkini



Apa khabar semua?

Bermula dari sekarang sehingga 31/5/2010
setiap tempahan akan diberikan potongan harga sebanyak 10% . 
Segeralah ambil peluang ini sebelum musim raya menghampiri. Dan untuk yang pernah menempah dengan Kak La, berbanyak terimakasih Kak La ucapkan dan Kak La akan pamerkan komen anda di ruangan Testimoni.

Thursday, April 8, 2010

About Me


Salam sejahtera,

Untuk pengetahuan anda semua, Kak La sedia menerima tempahan gaun flower girl untuk majlis perkahwinan, akikah atau sebarang acara istimewa. Kak La juga menerima tempahan pantsuit, jubah, kurung / kebaya moden dan sebarang rekaan pakaian kanak-kanak secara dalam talian. Pemilihan paten dan material dibuat dengan teliti menurut seperti yang dikehendaki pelanggan. Kesesuaian dan keselesaan si anak gadis amat dititikberatkan. Anda juga boleh menggunakan fabrik sendiri, cuma pos kepada Kak La. Seandainya anda mempunyai rekaan selain dari gambar contoh yang Kak La ada di sini, bolehlah di emailkan di sini.