Friday, March 4, 2011

Gaun Tercantik - Revealed

Pejam celik, pejam celik..tak percaya Februari telah pun berlalu. Dan inilah keputusan peraduan gaun tercantik tempohari. Tahniah buat sicomel milik Nor Idayu Mohd Sabilan. Berusia 2 tahun, sicomel ini, Dhiya Qistina @ tina / yaya / nana / dhiya, menggayakan gaun satin silver grey dengan skirt renyuk. Mana-mana modelling agency yang berminat boleh contact lah sama mama dia.


Friday, January 14, 2011

Pencarian Gaun Tercantik




Salam semua, 

Besar  hati Kak La nak umumkan kat sini kami nak mengadakan pertandingan gaun tercantik. Hadiahnya RM100.00. Hanya seorang sahaja pemenang akan terpilih dan gambar tersebut akan dipamerkan di blog ini. Gambar mestilah asli, memaparkan kanak-kanak dari umur 3 hingga 12 tahun. Sebarang rekaan diterima tetapi mestilah gaun. Hantarkan gambar ke emel atau hp (lihat Contact Us). Lekas-lekas ya kerana tarikh tutupnya pada 28 Februari 2011 dan pengumuman pemenang pada 3 Mac 2011. Semoga Berjaya!

Sila hebahkan pada rakan-rakan. Terimakasih.

Saturday, April 10, 2010

Promosi Terkini



Apa khabar semua?

Bermula dari sekarang sehingga 31/5/2010
setiap tempahan akan diberikan potongan harga sebanyak 10% . 
Segeralah ambil peluang ini sebelum musim raya menghampiri. Dan untuk yang pernah menempah dengan Kak La, berbanyak terimakasih Kak La ucapkan dan Kak La akan pamerkan komen anda di ruangan Testimoni.

Thursday, April 8, 2010

About Me


Salam sejahtera,

Untuk pengetahuan anda semua, Kak La sedia menerima tempahan gaun flower girl untuk majlis perkahwinan, akikah atau sebarang acara istimewa. Kak La juga menerima tempahan pantsuit, jubah, kurung / kebaya moden dan sebarang rekaan pakaian kanak-kanak secara dalam talian. Pemilihan paten dan material dibuat dengan teliti menurut seperti yang dikehendaki pelanggan. Kesesuaian dan keselesaan si anak gadis amat dititikberatkan. Anda juga boleh menggunakan fabrik sendiri, cuma pos kepada Kak La. Seandainya anda mempunyai rekaan selain dari gambar contoh yang Kak La ada di sini, bolehlah di emailkan di sini.